KATA ALUAN

SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA...

TERIMA KASIH KERANA MENGGUNJUNGI BLOG INI....

SEMUA INI ADALAH UNTUK SAMA-SAMA KITA KONGSI...

SEMOGA DAPAT KITA BELAJAR MENGENAI ANGGUR.

DARI HOBI KEPUNCA PENDAPATAN YANG LUMAYAN...

Selasa, 20 September 2011

PEMANGKASAN SECARA "CORDON KNIFFIN SYSTEM"

Pemangkasan secara "Cordon Kniffin System"


(a) pemangkasan telah dibuat
(b) pertumbuhan pertama
(c) pertumbuhan kedua

Ada berbagai cara melatih pokok. Cara diatas dilakukan di negara Eropah. Di negara barat terutama di bahagian Eropah, berbagai cara melatih pokok dilakukan memandangkan mereka lebih canggih dalam era penanaman pohon tersebut.
Di negara kita Malaysia kebanyakan sistem latih cara PARA kerap dilakukan.Sebenarnya pokok anggur boleh dijadikan pokok yang tegap tanpa bantuan PARA bila batang utama membesar dalam tempoh beberapa tahun dan dengan teknik pemangkasan yang betul.
Masa pemangkasan untuk pembuahan


Lakaran ini menunjukan bahagian yang terdapat pada pokok anggur secara dekat. Garisan putus-putus menunjukkan tunas bunga yang bakal tumbuh dari ruas(bud) yang matang apabila pemangkasan untuk pembuahan dibuat.

Pemangkasan untuk pembuahan boleh dilakukan apabila pokok matang (hampir keseluruhan batang pokok menjadi perang atau kekayuan) dalam setahun lebih untuk pembuahan pertama.
Sebelum melakukan pemangkasan, baja NPK atau baja bunga ditabur di sekeliling pokok dan lakukan setiap seminggu sekali selama 30 hari. Dalam tempoh itu penyiraman di buat seperti biasa. Sebaiknya baja yang kod "P"nya tinggi, contoh NPK 13:33:13.

Bila kita melakukan pemangkasan, daun dan ranting yang hijau hendaklah di buang. Pucuk hijau mesti di pangkas sehingga cuma tinggal batang dan dahan matang sahaja. Ranting-ranting yang matang dan yang elok, di potong sehingga tinggal 4 atau 5 ruas untuk di jadikan zon buah.

Motif zon buah dibuat dimasa pemangkasan untuk pembuahan supaya kita dapat membuat pembuahan seterusnya tanpa membazir masa.
Apabila buah hampir masak atau buah bila dipicit terasa lembut, penyiraman hendaklah di hentikan dalam tempoh 30 hari ke buah masak atau tua supaya buah tidak menjadi pecah, busuk dan masam.
Dalam setahun, pemangkasan untuk pembuahan boleh di lakukan 2 kali, bermakna di Malaysia buah anggur berbuah 2 kali dalam setahun. Masa dari siap pokok dipangkas hingga ke buah masak lebih kurang 4 bulan.

Kelebihan kita di Malaysia ini, kita dapat menjadualkan pembuahan, yakni kita boleh tentukan masa dari pemangkasan(prune) untuk pembuahan sehingga buah masak mengikut kehendak kita sendiri.
Untuk melakukan pemangkasan pembuahan, sebaik-baik dilakukan di musim panas dan amat tidak digalakkan di buat pada musim tengkujuh kerana :
1. Hujan lebat akan mengakibatkan bunga pada tangkai gugur menjadikan buah berkurangan.
2. Buah menjadi kurang manis kerana air berlebihan di akar dalam proses pembuahan.

Tiada ulasan: