KATA ALUAN

SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA...

TERIMA KASIH KERANA MENGGUNJUNGI BLOG INI....

SEMUA INI ADALAH UNTUK SAMA-SAMA KITA KONGSI...

SEMOGA DAPAT KITA BELAJAR MENGENAI ANGGUR.

DARI HOBI KEPUNCA PENDAPATAN YANG LUMAYAN...

Selasa, 20 September 2011

PEMANGKASAN MENGIKUT APE YANG DIKEHENDAKI

 pemangkasan untuk membentuk pokok mengikut cara yang kita hendaki.


a) Apabila pokok naik dalam 5 kaki lebih atau naik pada paras yang dikehendaki (gambar B atau b), maka adalah penting bagi kita membuat "zon buah". Potong pucuk dan buang 4 atau 5 daun dari bawah pucuk supaya tunas baru akan tumbuh dan menjadikannya sebagai dahan.
Apabila tunas tumbuh, sebaik-baiknya jadikan 2 tunas yang tumbuh sebagai dahan dan apabila tunas tersebut naik atau panjang lebih kurang 3 kaki lakukan cara yang sama. Proses ini boleh kita lakukan berkali-kali kerana apabila banyak kita wujudkan zon buah , maka set buah akan banyak.
Selain dari tunas yang hendak kita buat sebagai dahan untuk zon buah, tunas lain yang dibawah hendaklah dibuang kerana ia akan memakan baja terlebih dahulu sebelum sampai ke tunas atas yang kita kehendaki itu.

Amat penting bagi kita melakukan latihan pokok sebelum pokok menjadi matang atau sebelum kita melakukan pemangkasan untuk pembuahan. Ini adalah kerana jika kita tidak mewujudkan zon buah di masa kita lakukan pemangkasan untuk pembuahan, kita akan :-
1. kerugian masa kerana tunas yang naik sepatutnya mengeluarkan bunga dan seterusnya buah, pokok terpaksa membuat zon buah terlebih dahulu dan kita terpaksa melakukan pemangkasan untuk buah di masa yang lain pula.
2. mendapati set buah yang terhasil tidak banyak.

Tiada ulasan: